Pages

Tuesday 17 September 2013

Tiga srategi ampuh untuk meningkatkan jualan anda sebagai affiliate.part 4



Strategi ketiga : fokus pada teknik yang ringkas

Jangan terlalu komplekskan diri anda dengan kaedah promosi yang terlalu mendalam. Fokus pada sesuatu yang ringkas. Di squeeze page contohnya, tidak perlulah terlalu kompleks dengan maklumat yang bermacam –macam . Cukup sahaja maklumat ringkas dan ruangan untuk pelawat subscribe newsletter anda.

Begitu juga dengan landing page dan blog anda. Jangan terlalu komplekskan suasana. Jika anda mahu post artikel yang panjang, anda tukarkan ia menjadi ebook kerana mereka lebih selesa membaca dalam medium tersebut. Jika anda tetap mahu jadikan ia sebagai artikel, anda utamakan keringkasan di dalam artikel tersebut seperti penggunaan font dan warna yang sesuai.

Dalam pemasaran pula, anda cuba sesuatu yang ringkas sahaja. Contohnya untuk kaedah SEO, anda dapatkan sebanyak mungkin backlink yang berkualiti. Jangan terlalu rumitkan minda dengan perkara yang anda tidak faham.

Monday 16 September 2013

Tiga srategi ampuh untuk meningkatkan jualan anda sebagai affiliate.part 3



Strategi kedua : tracking jualan anda.

Setiap jualan yang anda lakukan, anda lakukan soal siasat kenapa anda berjaya menjual.

Adakah di sebabkan teknik promosi anda?
Adakah di sebabkan bonus anda?
Adakah di sebakan tempat pemasaran anda ?
Adakah di sebabkan luck?

Anda siasat dan anda ulang teknik yang sama bagi produk yang  seterusnya untuk mengetahu sama ada strategi itu benar – benar berkesan. Dengan melakukan soal siasat ini, anda akan lebih mahir untuk melakukan aktiviti promosi yang seterusnya. Pendek kata, produktiviti anda sebagai seorang affiliate meningkat dengan mendadak.