Pages

Friday 13 September 2013

Tiga srategi ampuh untuk meningkatkan jualan anda sebagai affiliate.part 2



Strategi pertama : Fokus membina senarai emel yang panjang.

Anda perlu bijak dalam pemasaran sebagai affiliate. Jika anda menumpukan untuk mencari jualan, anda perlu lakukan perkara yang sama setiap kali anda ingin memperoleh jualan. Jika anda menumpukan usaha anda membina senarai emel yang panjang atau ramai, anda boleh memperoleh jualan yang berulang kali dari senarai emel yang sama.

Sebagai newbie, strategi ini mungkin sesuai untuk anda yang mempunyai kesabaran yang tinggi untuk mejana wang di internet. Setiap  hari anda fokus dengan pemasaran emel. Kumpul seramai mungkin emel prospek. Bina kepercayaan dengan mereka melalui pemberian tip-tip percuma.

Rapatkan hubungan di antara anda dan mereka. Layan mereka seperti komuniti atau kawan istimewa anda. Untuk pengetahuan anda, senarai emel adalam pemasaran jangka panjang. Jadi, anda perlu jaga senarai emel anda seperti anda menjaga barang berharga anda.

Dapatkan emel sebanyak mungkin, bina kepercayaan dan lakukan promosi berhemah pada senarai emel anda. Saya pasti, selepas beberapa ketika, anda akan berjaya bergelar seorang super affiliate atau lebih tepat lagi menjana ribuan ringgi melalui affiliate.

No comments:

Post a Comment