Pages

Tuesday 17 September 2013

Tiga srategi ampuh untuk meningkatkan jualan anda sebagai affiliate.part 4



Strategi ketiga : fokus pada teknik yang ringkas

Jangan terlalu komplekskan diri anda dengan kaedah promosi yang terlalu mendalam. Fokus pada sesuatu yang ringkas. Di squeeze page contohnya, tidak perlulah terlalu kompleks dengan maklumat yang bermacam –macam . Cukup sahaja maklumat ringkas dan ruangan untuk pelawat subscribe newsletter anda.

Begitu juga dengan landing page dan blog anda. Jangan terlalu komplekskan suasana. Jika anda mahu post artikel yang panjang, anda tukarkan ia menjadi ebook kerana mereka lebih selesa membaca dalam medium tersebut. Jika anda tetap mahu jadikan ia sebagai artikel, anda utamakan keringkasan di dalam artikel tersebut seperti penggunaan font dan warna yang sesuai.

Dalam pemasaran pula, anda cuba sesuatu yang ringkas sahaja. Contohnya untuk kaedah SEO, anda dapatkan sebanyak mungkin backlink yang berkualiti. Jangan terlalu rumitkan minda dengan perkara yang anda tidak faham.

Monday 16 September 2013

Tiga srategi ampuh untuk meningkatkan jualan anda sebagai affiliate.part 3



Strategi kedua : tracking jualan anda.

Setiap jualan yang anda lakukan, anda lakukan soal siasat kenapa anda berjaya menjual.

Adakah di sebabkan teknik promosi anda?
Adakah di sebabkan bonus anda?
Adakah di sebakan tempat pemasaran anda ?
Adakah di sebabkan luck?

Anda siasat dan anda ulang teknik yang sama bagi produk yang  seterusnya untuk mengetahu sama ada strategi itu benar – benar berkesan. Dengan melakukan soal siasat ini, anda akan lebih mahir untuk melakukan aktiviti promosi yang seterusnya. Pendek kata, produktiviti anda sebagai seorang affiliate meningkat dengan mendadak.

Friday 13 September 2013

Tiga srategi ampuh untuk meningkatkan jualan anda sebagai affiliate.part 2



Strategi pertama : Fokus membina senarai emel yang panjang.

Anda perlu bijak dalam pemasaran sebagai affiliate. Jika anda menumpukan untuk mencari jualan, anda perlu lakukan perkara yang sama setiap kali anda ingin memperoleh jualan. Jika anda menumpukan usaha anda membina senarai emel yang panjang atau ramai, anda boleh memperoleh jualan yang berulang kali dari senarai emel yang sama.

Sebagai newbie, strategi ini mungkin sesuai untuk anda yang mempunyai kesabaran yang tinggi untuk mejana wang di internet. Setiap  hari anda fokus dengan pemasaran emel. Kumpul seramai mungkin emel prospek. Bina kepercayaan dengan mereka melalui pemberian tip-tip percuma.

Rapatkan hubungan di antara anda dan mereka. Layan mereka seperti komuniti atau kawan istimewa anda. Untuk pengetahuan anda, senarai emel adalam pemasaran jangka panjang. Jadi, anda perlu jaga senarai emel anda seperti anda menjaga barang berharga anda.

Dapatkan emel sebanyak mungkin, bina kepercayaan dan lakukan promosi berhemah pada senarai emel anda. Saya pasti, selepas beberapa ketika, anda akan berjaya bergelar seorang super affiliate atau lebih tepat lagi menjana ribuan ringgi melalui affiliate.

Wednesday 11 September 2013

Tiga srategi ampuh untuk meningkatkan jualan anda sebagai affiliate.part 1



Kali ini, saya akan menceritakan tiga srategi ampuh bagi meningkatkan jualan anda sebagai affiliate. Semua orang boleh menjadi seorang affiliate, namun, tidak semua orang boleh datang dengan strategi yang sama. Untuk berjaya, anda perlu ada strategi unik yang tersendiri. saya akan senaraikan tiga strategi ampuh yang boleh menjayakan diri anda sebagai seorang affiliate namun bukan hari ni..kalau esok kesempatan.saya akan post entry sambungannya...

Tuesday 10 September 2013

Pengurusan masa bagi seorang affiliate.part 4



Sentiasa segarkan diri.

Bagi mereka yang terlampau teruja dengan pemasaran affiliate, mereka selalunya akan bekerja selama beberapa jam sehari tanpa berehat. Ini akan menggalakkan pembaziran masa kerana produktiviti akan berkurangan. Anda perlu rehatkan diri bagi setiap 40 minit atau apa sahaja kaedah yang sesuai bagi anda.

Kadang – kadang anda perlu beri ruang pada badan anda untuk berehat. Mata anda juga mungkin penat untuk bekerja

Monday 9 September 2013

Pengurusan masa bagi seorang affiliate.part 3



Ubah diri anda.

Untuk menjimatkan masa, anda perlu jadi lebih produktif. Setiap hari anda perlu jadi lebih baik dari semalam. Anda perlu jadi semakin pandai dalam bidang affiliate. Untuk jadi lebih pandai, anda perlu berkerja atau take action kerana pengalaman adalah guru perniagaan yang baik. Jika anda tidak mampu untuk mengubah diri anda, anda boleh tanya atau meminta bantuan dari orang lain.

Jika selama ini anda taip dengan kelajuan 20 perkataan setiap miniti, anda perlu majukan kadar taipan anda kepada 50 perkataan seminit pula. Setiap hari, anda perlu mahirkan diri anda dengan kemahiran sebagai affiliate. Jika selama ini anda ambik masa sejam untuk install dan setting blog, anda perlu majukan diri anda kepada 15 minit bagi setiap installation.

Pendek kata, anda perlu jadikan diri anda lebih produktif. Ini membolehkan anda untuk menguruskan masa dengan lebih berkesan sebagai seorang affiliate.