Pages

Tuesday 17 September 2013

Tiga srategi ampuh untuk meningkatkan jualan anda sebagai affiliate.part 4



Strategi ketiga : fokus pada teknik yang ringkas

Jangan terlalu komplekskan diri anda dengan kaedah promosi yang terlalu mendalam. Fokus pada sesuatu yang ringkas. Di squeeze page contohnya, tidak perlulah terlalu kompleks dengan maklumat yang bermacam –macam . Cukup sahaja maklumat ringkas dan ruangan untuk pelawat subscribe newsletter anda.

Begitu juga dengan landing page dan blog anda. Jangan terlalu komplekskan suasana. Jika anda mahu post artikel yang panjang, anda tukarkan ia menjadi ebook kerana mereka lebih selesa membaca dalam medium tersebut. Jika anda tetap mahu jadikan ia sebagai artikel, anda utamakan keringkasan di dalam artikel tersebut seperti penggunaan font dan warna yang sesuai.

Dalam pemasaran pula, anda cuba sesuatu yang ringkas sahaja. Contohnya untuk kaedah SEO, anda dapatkan sebanyak mungkin backlink yang berkualiti. Jangan terlalu rumitkan minda dengan perkara yang anda tidak faham.

No comments:

Post a Comment