Pages

Friday 6 September 2013

Pengurusan masa bagi seorang affiliate.part 2



Memberi keutamaan pada pekerjaan affiliate dan jadikan ia sebagai rutin harian.

Cara terbaik untuk memastikan anda bekerja sebagai affiliate adalah menjadikannya sebagai rutin harian anda pada setiap hari. Berapa masa yang anda ada untuk affiliate?

Adakah dua jam?
Adakah tiga jam?
Adakah sejam?

Apabila anda sudah mentetapkan berapa jam sehari yang anda mampu peruntukkan untuk affiliate, anda seharusnya memberi keutamaan kepada pekerjaan anda ini. Contohnya, anda setkan  bahawa setiap hari anda boleh luangkan masa selama sejam bagi pekerjaan sebagai affiliate, pastikan bahawa sejam tersebut benar – benar berkualiti iaitu melakukan pekerjaan sebagai affiliate.

Selepas habis masa sejam tersebut, anda boleh lakukan apa sahaja yang anda mahu lakukan seperti mengemas rumah, memasak, main facebook dan sebagainya. Anda perlu ingat, masa bekerja untuk affiliate adalah berbeza masa untuk anda online. Jadikan aktiviti atau pekerjaan anda sebagai affiliate sebagai rutin harian iaitu anda wajib luangkan masa untuk bekerja sebagai affiliate pada setiap hari.

No comments:

Post a Comment