Pages

Monday, 29 July 2013

Apa yang patut anda lakukan dalam affiliate




·        Langkah pertama adalah membeli nama domain dan hosting. Dari laman web ini, anda bina squeeze page untuk membina sebanyak mungkin senarai emel. Jangan fikir bagaimana hendak mempromosi squeeze anda. Bina dahulu, barulah anda fikirkan bagaimana hendak mempromosi squeeze page anda.
·        Sentisa mencuba idea dan strategi baru untuk kegunaan diri anda sendiri. Jika apa yang anda rancangkan tidak menjadi, anda perlu mencuba melalui arah yang lain. Jangan mencuba sesuatu yang memang telah terbukti gagal oleh anda sendiri. Fokus dan cuba idea anda sendiri. Dari sini ilmu asas promosi boleh di perkembangkan dengan teknik anda sendiri.
·        Sentiasa memberi kualiti yang terbaik. Jika anda ingin berjaya, anda perlu kejar kualiti bukannya pencapaian. Jangan fikir bagaimana hendak mencari jutaan ringgit tetapi fikir bagaimana hendak memberi yang terbaik dalam setiap perkara yang anda lakukan. Letakkan kualiti di hadapan, insyaAllah kejayaan akan menyusul.
·        Gandakan usaha pada teknik yang berjaya. Jika teknik anda menjadi, anda pelru berusaha dua kali ganda untuk memperkemaskan teknik tersebut.
·        Sentiasa konsisten dengan kerja anda. Jangan berhenti separuh jalan. Biarpun,teknik anda tidak menjadi, anda sepatutnya tunggu dahulu dan berikan teknik anda untuk berjaya. Berikan ia masa kerana kejayaan tidak datang pada sekelip mata. Mereka yang berjaya selalunya sangat konsisten dengan usaha mereka.
·        Sentiasa berkomunikasi dengan pesaing – pesaing anda. Sentiasa  bertukar fikiran dengan rakan –rakan pesaing anda.

No comments:

Post a Comment