Pages

Wednesday 21 August 2013

5 perkara yang boleh meningkatkan pendapatan affiliate.part 1



Berita baik untuk anda sebagai affiliate adalah, seorang affiliate pasti boleh menjana pendapatan menerusi affiliate. Berita buruk untuk anda sebagai affiliate pula adalah, seorang affiliate sangat sukar untuk menjana ribuan ringgit menerusi pemasaran affiliate. Semua orang tahu bagaimana hendak jadi jutawan, tetapi tidak semua orang berani menjadi jutawan.

Sebagai seorang affiliate, anda tidak boleh berputus asa kerana untuk menjadi seorang super affiliate anda perlu bekerja keras dan tiada jalan singkat untuk memperolehnya. Untuk membantu anda merancang strategi menjadi seorang super affiliate, saya senaraikan lima rahsia untuk meningkatkan pendapatan affiliate dalam sekelip mata.

Memilih niche yang menguntungkan diri anda.

Kebanyakan dari affiliate kecundang di sebabkan mereka tidak memilih niche yang betul. Ada dua situasi di sini, sama ada mereka memilih niche yang kurang sambutan ataupun mereka memilih niche yang langsung mereka tidak minat. Langkah pertama dalam pemilihan niche adalah memilih niche yang menguntungkan, kemudian memilih niche yang mereka tahu atau minat.

Senaraikan lima niche yang anda rasa menguntungkan iaitu terdapat banyak ruang untuk anda ceburi. Kemudian dari lima niche pilih dua niche yang anda rasa anda tahu dan mempunyai minat di dalamnya.

No comments:

Post a Comment