Ya,
affiliate adalah cara termudah untuk jana pendapatan. Namun, ia juga antara
bidang yang membunuh newbie dari meneruskan perniagaan internet. Newbie terlalu
mengambil mudah kerjaya mereka sebagai affiliate dan akhirnya mereka kecundang.
Walaupun mudah untuk jana pendapatan melalui affiliate, ia tidaklah semudah
ABC. Mudah yang di maksudkan adalah jika anda berusaha, anda pasti berjaya.
Ada
tiga sebab utama kenapa anda gagal sebagai affiliate.
Senang untuk sertai sesuatu program
affiliate.
Di
sebabkan untuk menyertai sesuatu program affiliate itu mudah, ramai di antara
para newbie terlalu mengambil mudah akan potensi perniagaan affiliate. Mereka
menganggap untuk jana pendapatan melalui affiliate itu cukup mudah seperti mana
mudahnya mereka mendaftar sesuatu program affiliate. Malangnya ia tidak semudah
itu.
Jangan
biarkan diri anda leka dengan situasi ini. Sebenarnya, mereka yang gagal
menjana pendapatan melalui affiliate adalah di sebabkan mereka tidak menjadi
affiliate. Affiliate adalah agen jualan dan anda perlu bekerja untuk memperoleh
komisyen. Jika anda tidak bekerja, anda akan gagal.
Malas.
Sebab
kedua kenapa anda gagal sebagai affiliate adalah di sebabkan anda malas untuk
bekerja. Anda bukan sahaja malas dari segi belajar, tetapi anda juga malas dari
bertindak. Di sebabkan malas, anda jadi hilang fokus atas sebab apa ada
menyertai sesuatu program affiliate. Malas adalah masalah utama yang anda perlu
atasi untuk menjadikan diri anda seorang affiliate.
Ada
orang selesa dengan situasi pekerjaan sebagai makan gaji di mana setiap bulan
mereka sudah pasti akan menerima wang. Jika anda berada dalam golongan ini,
anda perlu buangkan sifat malas kerana jika anda tidak bekerja keras, anda
tidak akan kemana – mana. Lainlah kerja makan gaji di mana anda tetap akan di
bayar gaji walaupun anda bekerja cukup-cukup makan sahaja.
Untuk membuang sifat malas, anda
perlu buang sifat jaminan. Dalam perniagaan internet, tiada jaminan anda akan
berjaya. Anda perlu berusaha untuk membentuk jaminan anda sendiri dengan
berusaha sebanyak mungkin.
Tidak tahu bagaimana
Masalah ketiga bagi newbie yang gagal
dalam affiliate adalah mereka tidak pernah ingin belajar bagaimana hendak
memahirkan kemahiran melakukan promosi melalu internet. Internet penuh dengan
dunia programming, jika anda ingin berjaya, anda perlu pelajarinya. Anda juga
perlu pandai mempelbagaikan teknik promosi.
Ia hanya boleh di capai menerusi
pembelajaran. Ada di kalangan newbie tidak tahu bagaimana hendak install
wordpress di blog masing-masing. Kemahiran seperti ini anda perlu mahir dan
kuasai. Memang anda boleh upah orang lain tetapi anda juga perlu faham
kaedahnya supaya anda tidak tertipu nanti.
Sekarang, dua sebab kenapa mereka berjaya dalam bidang affiliate.
Masa yang konsisten.
Mereka yang berjaya dalam dunia
affiliate adalah mereka meletakkan affiliate ini sebagai karier mereka. Ini
bermakna mereka meletakkan affiliate sebagai satu pekerjaan di mana ia wajib di
lakukan. Setiap hari mereka memperuntukkan masa tertentu seperti 2 jam bagi
mereka yang part time dan 8 jam bagi mereka yang full time IM bagi melakukan
promosi secara affiliate.
Mereka fokus pada satu-satu produk pada setiap masa.
Mereka berjaya sebab mereka fokus
pada kerja mereka. Mereka tidak langsung membebankan otak mereka dengan
melakukan pekerjaan yang banyak dalam satu-satu masa. Mereka yang berjaya
selalunya mempunyai jadual dan sistem tersendiri untuk melakukan pekerjaan.
Mereka ikut apa yang mereka rancang tanpa putus asa melainkan ada hal-hal
kecemasan.
Belajar secara berterusan.
Mereka yang berjaya adalah golongan
yang tidak jemu-jemu belajar dan seterusnya mempertajamkan kemahiran promosi
mereka. Mereka tidak kedekut untuk membeli ilmu dan tidak malu untuk bertanya.
Mereka akan sentiasa dahagakan ilmu walaupun dari seorang newbie.
No comments:
Post a Comment